RSS

Wednesday, September 29, 2010

Nota 1

Sila muat turun nota 1

Saturday, March 27, 2010

Ahli Kumpulan Studio KHSR


Ahli Kumpulan Studio Kemahiran Hidup Sekolah Rendah



Mohammad Molkhan Bin Mohamed Kassim




Muhammad Saifuddin Bin Razali




Nur Hanis Binti Othman




Nadia Diana Binti Rofli

Pengenalan

Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) adalah satu mata pelajaran dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang diajar pada Tahap II. Mata pelajaran ini digubal untuk menanam kesedaran celik teknologi melalui penguasaan kemahiran praktis dan pengetahuan serta pemupukan sikap yang positif berasaskan teknologi dan keusahawanan.

Dalam tumpuan blog kali ini, kami menyediakan beberapa Bahan Bantu Mengajar (BBM) berkaitan dengan tajuk Jahitan bagi Tahun 5. Semoga para guru serta murid memperoleh maklumat serta ilmu yang diharapkan. Selamat belajar!

Tajuk dan Sukatan Kemahiran Hidup Yang Dipilih - Jahitan




____________________________________________________________________

Kami memilih tajuk Jahitan Tahun 5 dalam subjek Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

Dalam tajuk ini, pelajar dapat mempelajari :

a. Membaiki pakaian

Aras 1

  • Mengenal pasti alatan dan bahan jahitan
  • Menyatakan kegunaan alatan jahitan
  • Menyatakan kegunaan jahitan asas
  • Mengenal pasti mata jahitan asas
  • Menyatakan kegunaan kancing
  • Mengenal pasti jenis kancing
  • Mengenal pasti mata jahitan untuk menjahit kancing
  • Menjahit butang, cangkuk dan palang yang tertanggal pada pakaian

Aras 2

  • Menyatakan maksud kelim
  • Mengenal pasti bahagian pakaian yang meretas pada kelim
  • Memilih mata jahitan untuk membaiki kelim yang meretas
  • Menjahit kelim yang meretas pada pakaian
  • Menyatakan maksud kelepet
  • Mengenal pasti bahagian kelepet yang meretas pada pakaian
  • Memilih mata jahitan untuk membaiki kelepet yang meretas pada pakaian
  • Menjahit kelepet yang meretas pada pakaian